Spectrum



I'm never going through this again

Tuesday, November 29

Assalamualaikum and hello .
Mimpi apa entah tetiba letak gambar neh . Nasib baik comel . Hmm . Saya telah kembali setelah dua hari tak bukak laptop . Dua hari je kott . Tadi saya ingat nak tukar skin . Dah copy code semua tetiba rasa macam sayang pulak kat skin neh . Tapi tertekan save jadi saya kena edit balik semula . Paling lama yang saya edit dekat page biases tu . Pening kepala tengok code tu banyak . Nasib baik jadi jugak akhirnya . Hew hew .
Hari Jumaat hari tu kan 2PM datang Malaysia kan ? Sumpah jealous gila kat orang yang dapat pergi tu . So tadi saya cari lah performances and press conference diaorang semua kat Youtube . Lagu lain saya macam tengok macam biasa je . Bila lagu Hands Up baru saya jadi gila hahah . 
Entah apa benda aku merepek tengah - tengah malam buta cenggini . Tengok lah anak dara pemalas neh . Esok pagi lepas Subuh mesti tidur walaupun dah tahu waktu tu makhruh tidur . Err ? Sejak bila aku tulis macam neh ? Eee , apa ni apa ni ? Banyaknya soalan merapu . 
Oh ya , saya sampai rumah dari Terengganu pukul empat lebih . Sampai rumah , suatu kejadian berlaku . Apa kebenda nya tu ? Kucing kat belakang rumah aku try panjat tingkap dapur curi ikan . Serious aku tak tipu . Aku nampak live dia dok panjat - panjat tingkap tu . Nasib tak jatuh longkang . 
Okay dah lah tu . Dah nak pukul dua belas setengah malam . Esok saya nak tengok Mnet Asian Music Award kat 8tv pukul sembilan setengah malam sampai satu setengah pagi . Hoho bole ke nak tahan ngantuk neh ? Hmm . And aku neh sekejap guna ' saya ' . Sekejap guna ' aku ' . Sokayy . Ia masih kata ganti nama pertama . K stop merapu . Baii -.-'
0 comments


Post a Comment